Pengusaha gimnasium rayu kerajaan semak semula SOP
KUALA LUMPUR - Pemilik dan pengusaha pusat gimnasium swasta merayu kepada kerajaan supaya menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan mereka membuka semula perniagaan. Sekumpulan pemilik gim persendirian, S. Jayagobi dan Kevin Lius Silvaraju berkata, penutupan gimnasium dan pusat kecergasan itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti pelaksanaan kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara yang kini hampir mencecah sembilan bulan, telah hampir menutup sumber pendapatan mereka.
Source: sinarharian.com.my