Peniaga dituduh minta suapan RM15,000
Peniaga dituduh minta suapan RM15,000 A A SEREMBAN - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan meminta rasuah empat tahun lalu. Tertuduh Khairul Husni Othman, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Diana Md Razali selepas kertas pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, tertuduh meminta suapan RM15,000 daripada seorang wanita kononnya untuk digunakan sebagai dorongan bagi melepaskan ibunya daripada tahanan polis. Perbuatan itu dilakukan pada 1 Jun 2017 di Rasah Kemayan, Seremban. Berikutan itu tertuduh didakwa telah melakukan kesalah...