96.26 peratus guru di Johor sudah divaksin
PASIR GUDANG - Seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor sudah menerima dos pertama vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan. Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujang memberitahu, bakinya iaitu 1,767 atau 3.74 peratus masih belum divaksin.
Source: sinarharian.com.my