Dua bulan buat keputusan setuju terima vaksin
BALING - Masyarakat orang asli suku Kensui, Lubuk Legong di sini mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk membuat keputusan supaya bersetuju divaksin. Tok Batin, Razali Kulim berkata, kebanyakan mereka takut untuk menerima suntikan vaksin selepas menerima pelbagai khabar angin mengatakan vaksin memudaratkan kesihatan, selain mahu bergantung pada tumbuhan herba dalam usaha menguatkan antibodi.
Source: sinarharian.com.my