Warga asing ditahan bersama dadah bernilai RM671,000
GEORGETOWN- Dua warga asing ditahan dan pelbagai jenis dadah bernilai RM671,000 dirampas dalam dua serbuan berasingan di Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah (SPT) dan Gelugor, di sini pada Ahad lalu. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh berkata, dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 56 tahun di sebuah rumah teres satu tingkat di SPT pada jam 10 malam.