PPV 'Outreach' UUM bantu percepat vaksinasi di Kubang Pasu
SINTOK - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ‘Outreach’ Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Universiti Utara Malaysia (UUM) mensasarkan pemberian vaksin Covid-19 sehingga 2,500 dos sehari untuk membantu mempercepatkan proses vaksinasi penduduk di daerah Kubang Pasu. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PPV ini mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang beroperasi pada 7, 13 dan 14 Ogos serta tiga hari lagi untuk dos kedua yang akan ditentukan kelak.