Lelaki ditahan seludup masuk anak anjing dari Thailand
RANTAU PANJANG - Seorang lelaki ditahan di pangkalan haram Maghribi di sini pada Sabtu kerana menyeludup masuk enam ekor anak anjing dari Thailand secara tidak sah. Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 11 pagi ketika anggota Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa melakukan rondaan di kawasan tersebut.
Source: sinarharian.com.my