vimarsana.com

Latest Breaking News On - Council meetings government - Page 5 : vimarsana.com

Sidang Khas DUN: Kerajaan Pulau Pinang tunggu perkenan Agong

Sidang Khas DUN: Kerajaan Pulau Pinang tunggu perkenan Agong A GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengadakan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum 1 Ogos ini di bawah peruntukan Ordinan Darurat. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan membuat keputusan akhir pada mesyuarat akan datang berhubung perkara tersebut. Selepas memperoleh perkenan, kita akan membuat keputusan berdasarkan beberapa pilihan antaranya mengadakan Sidang Khas DUN sebelum 1 Ogos atau mengadakan Sidang Khas DUN pada Ogos apabila Ordinan Darurat ditamatkan (tanpa memerlukan notis 28 hari). Selain itu, Sidang DUN Pulau Pinang akan diadakan dengan pembukaan rasmi oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada bulan Ogos atau September ini tertakluk kepada notis 28 hari, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pahang negeri terbaik pelihara hutan

Pahang negeri terbaik pelihara hutan A A IBARAT ‘air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan’ atau missing the forest for the trees. Inilah bidalan yang boleh dirujukkan kepada segelintir pihak yang gemar memberikan gambaran buruk tentang aspek penjagaan hutan di Pahang. Di sebalik itu, ia masih tidak dapat menidakkan hakikat Pahang adalah antara negeri terbaik memelihara hutan seperti mana diperakui oleh Majlis Pembangunan Fizikal Negara (MPFN), khususnya mesyuarat pada Mac 2019. Seperti yang kita ketahui, Pahang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia berkeluasan 3.6 juta hektar atau bersamaan keluasan gabungan tiga negeri iaitu Kelantan (1.5 juta hektar), Terengganu (1.3 juta hektar) dan Selangor (793,000 hektar). Pada mesyuarat MPFN tersebut telah dimaklumkan, Pahang merupakan penyumbang terbesar kawasan berhutan atau forested area dalam kalangan negeri-negeri Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 2.057 juta hektar atau 57.2 peratus daripada kelu

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.