vimarsana.com

Latest Breaking News On - Grandfather series hishammuddin - Page 23 : vimarsana.com

Tanda tanya strategi endgame UMNO

Tanda tanya strategi ‘endgame’ UMNO A A MINGGU lalu menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi terselamat daripada serangan hendap ‘musuh dalam selimut’ mereka, UMNO. Setelah proklamasi darurat pada awal tahun ini dianggap sebagai faktor kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum tumbang, kali ini beliau ‘diselamatkan’ pula oleh sokongan majoriti ahli Parlimen UMNO sendiri. Meskipun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid pada lewat malam Rabu mengumumkan parti itu menarik sokongan daripada kerajaan PN serta-merta, sekurang-kurangnya 32 ahli Parlimen UMNO - diketahui tidak sebulu dengan Zahid - menegaskan sokongan terhadap Muhyiddin tidak berganjak. Lebih menarik, usaha penarikan sokongan itu diputuskan selepas Muhyiddin melakukan pengumuman mengejut melantik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Perlu rombakan kabinet Malaysia

Perlu rombakan kabinet Malaysia A PERSELISIHAN dua parti utama dalam kerajaan, UMNO dan Bersatu sudah berlarutan sejak September 2020. Kedua-dua pihak mempunyai hujahan dan pandangan tersendiri. Memilih pihak mana mahu dianggap benar atau betul bergantung sejauh mana maklumat yang kita tahu ada kebenaran. Sejauh mana kita meneliti dan memahami kronologi peristiwa yang berlaku. Namun, kerap kali politik dan sejarah, sikap berpihak bergantung kepada di mana kita berdiri. Dalam Bersatu, ada kumpulan mahu ‘membunuh’ UMNO. Mereka melakukan keputusan yang berusaha mengecilkan peranan dan ke-dudukan strategik UMNO dalam politik. Malah, perundingan kerusi parti UMNO-Bersatu gagal di peringkat awal juga kerana sikap dan pemikiran kumpulan berkenaan.

Bahaya sindrom keletihan politik

Bahaya sindrom keletihan politik A KALAU ditanya status kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu masih sah atau tidak, jawapannya mudah. Kerajaan PN masih sah di sisi perundangan dan keabsahannya masih tetap utuh. Ini kerana keputusan yang dibuat oleh mana-mana parti politik mengenai sokongannya kepada kerajaan dalam sebuah pakatan politik tidak membawa sebarang implikasi undang-undang. Ini boleh disandarkan kepada Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut dengan jelas bahawa penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli dewan itu sendiri. Justeru, sehingga majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat memutuskan sebaliknya, maka PN masih sebuah kerajaan yang sah. Di pihak UMNO yang menarik sokongan itu juga seperti ada yang tidak beres. Dilihat, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti bersendirian dalam membuat keputusan.

Ketua penerangan parti PN sokong pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin

Ketua penerangan parti PN sokong pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin A A SHAH ALAM - Semua ketua penerangan parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyokong keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, mereka juga yakin dengan ketokohan dan kewibawaan yang dimiliki kedua-dua pemimpin itu mampu meletakkan negara di tahap yang lebih baik. Kedua-dua tokoh ini adalah pemimpin berpengalaman serta berkebolehan untuk membantu Tan Sri Muhyiddin memimpin negara. Kami mendoakan agar pelantikan ini akan memperkukuhkan lagi kerjasama erat yang sedia ada antara parti-parti dalam kerajaan, dalam kerangka kita sebagai sebuah kerajaan yang telus, bebas rasuah dan berintegriti, kata kenyataan itu.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.