📰 Lawmaker Chart News
Lawmaker Chart News Today
Fast, Ad-Free News Updates
Stay updated with breaking news from Lawmaker Chart. Real-time updates on events, politics, business and more.
September 30, 2021
GEORGETOWN - Siasatan ke atas bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dakwaan melanggar perintah kuarantin kendiri pada awal bulan lalu telah selesai. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kertas siasatan berhubung kes itu juga telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Pulau Pinang untuk arahan lanjut. Menurutnya, sehingga kini kertas siasatan masih belum mendapat sebarang arahan dari Pejabat Pendakwaan Negeri Pulau Pinang.
August 27, 2021
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang telah menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhubung kelulusan proses pinjaman vaksin daripada Selangor. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang berhasrat meminjam bekalan 200,000 dos vaksin daripada negeri itu seperti yang diumumkan Exco Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin pada Rabu.
August 15, 2021
BUTTERWORTH - Penutupan empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pulau Pinang berikutan gangguan bekalan Pfizer-BioNTech disifatkan tidak munasabah dan menimbulkan persoalan mengenai kecekapan kerajaan.
August 11, 2021
GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan siasatan polis terhadap ahli Parlimen pembangkang yang dihalang masuk ke bangunan Parlimen minggu lalu sebagai membuang masa dan membazirkan tenaga pihak berkuasa yang sepatutnya menjaga keamanan rakyat.
August 10, 2021
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai memberi keterangan kepada polis berhubung perhimpunan ahli Parlimen di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.
August 8, 2021
BUTTERWORTH - Wakil rakyat DAP perlu terus menggesa dan menyuarakan tanpa gentar mengenai tindakan vaksinasi yang lebih pantas bagi memerangi lonjakan jangkitan Covid-19 di Pulau Pinang yang hampir mencecah 1,000 kes pada Sabtu. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, gesaan itu perlu dibuat berikutan berlaku penurunan dalam pemberian vaksin daripada 30,000 dos harian kepada 23,369 dos harian pada 7 Ogos berbanding pada bulan Julai.
July 20, 2021
Moratorium hanya tangguh, bukan percuma A A MORATORIUM merupakan satu bentuk penangguhan pembayaran hutang yang mampu memberi waktu dan meringankan beban kewangan peminjam di kala pandemik Covid-19, namun ia bukanlah percuma dan perlu dibayar balik. Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, moratorium memberi waktu kepada peminjam menggunakan wang yang sepatutnya digunakan membayar ansuran bulanan kepada sesuatu yang lebih asas seperti makanan, sewa rumah, s...