vimarsana.com

Page 9 - Procedures Operation News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Peningkatan kes gambaran penduduk tidak patuhi SOP | Daily Express Online

Published on: Sunday, July 25, 2021 By: Anthea Peter Text Size: Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan rekod baharu apabila jumlah kes Covid-19 melonjak kepada 712 pada Sabtu, berbanding 516 pada Jumaat, sementara lapan kematian dicatatkan – tiga di Sandakan dan satu masing-masing di Kota Kinabalu, Penampang, Kudat, Tawau dan Beluran.  Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun (gambar) berkata 53.8 peratus daripada jumlah kes adalah kontak rapat (383 kes) yang mungkin menunjukkan penduduk negeri ini masih tidak mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang pandemik itu. “Peningkatan kes ini menggambarkan bahawa ramai masih tidak mematuhi sepenuhnya SOP. “Ketika ini kita (Sabah) berada dalam fasa pemulihan, ada kemungkinan masyarakat leka daripada mematuhi kawalan pergerakan antaranya memastikan sentiasa berada di rumah dan kurangkan pergerakan kerana mempunyai persepsi bahawa kita dalam status pemulihan,” kata Masidi, pada Sabtu.

Hikmah sambutan Aidiladha ketika pandemik

Foto website Umrahhaji.com PADA tahun ini, buat kali kedua umat Islam khususnya di Malaysia menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha ketika pandemik wabak Covid-19 masih membadai. Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan tahun 2021 ini dilihat lebih ketat berbanding tahun lalu di mana Malaysia masih lagi di dalam penguatkuasaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan. Tiada pergerakan rentas daerah mahupun negeri dibenarkan apatah lagi amalan kunjung mengunjung. Acara utama dalam Aidiladha iaitu penyembelihan korban turut diperketatkan peraturan pelaksanaannya. Advertisement Tiada lagi penyembelihan di lokasi-lokasi persendirian ataupun di masjid dan surau kecuali dengan kebenaran khas pihak berkuasa. Penyembelihan hanya dibenarkan di pusat-pusat penyembelihan yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS) dengan SOP yang ketat.

Lelaki Degil Pakai Gelang Pink Masuk Farmasi, 4 Pekerja Kena Kuarantin, Premis Dikompaun

Lelaki Degil Pakai Gelang Pink Masuk Farmasi, 4 Pekerja Kena Kuarantin, Premis Dikompaun Kini Trending Pihak polis daerah Subang Jaya sedang mengesan tiga individu yang didapati memakai gelang merah jambu kelihatan masuk ke sebuah farmasi di Puchong Perdana untuk membeli ubat-ubatan. Artikel berkaitan: Pakai gelang pink masuk beli ubat Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Subang Jaya iaitu ACP Abd Khalid Othman berkata tiga individu termasuk seorang wanita yang memakai gelang merah jambu ini telah ke farmasi pada hari Khamis jam 11.20 pagi. Difahamkan, salah seorang daripada mereka telah masuk ke farmasi berkenaan untuk membeli ubat manakala dua individu lagi menunggu di luar.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.