Anggaplah semua orang positif Covid-19 A A SEJAK bulan Mac 2020 lagi saya mengikuti kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai pandemik Covid-19. Jika hendak dikumpul dari hari pertama beliau mengangkat sumpah sehingga hari ini, mungkin sudah boleh mencipta sebuah buku khusus untuk siri nasihat beliau kepada rakyat Malaysia. Bukan beliau sahaja, Menteri Kanan Keselamatan ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga hampir setiap hari mengingatkan kita mengenai pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga diri setiap kali keluar rumah. Daripada menteri tanpa gelaran sehingga disapa sebagai ‘Pak Long Mail’ sepanjang menangani pandemik Covid-19. Daripada seorang Menteri Kanan, kini Ismail Sabri merupakan Timbalan Perdana Menteri.