Jangan lupa follow channel TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik! Lewat malam semalam, kira-kira jam 12:22 am, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 melalui laman Twitter telah mengumumkan PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari iaitu hari ni (13 Julai 2021) susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut. Menurut JKJAV, penutupan PPV ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan. Kenyataan tersebut juga menyatakan bahawa mereka yang telah hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga 12 Julai lalu juga disarankan untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala; supaya menjalankan ujian saringan COVID-19.