PPV IDCC ditutup hari ini
PPV IDCC ditutup hari ini A A PUTRAJAYA - Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menutup Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC) susulan mengesan kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas. CITF memaklumkan PPV IDCC ditutup selama satu hari iaitu Selasa untuk membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan. "Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala, lakukan ujian saringan Covid-19," katanya dalam kenyataan pada awal pagi Selasa. Badan i...