RM3.04 juta barang seludup dirampas Batalion 7
RANTAU PANJANG - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas pelbagai barangan seludup termasuk kenderaan digunakan untuk kegiatan itu bernilai RM3.04 juta sepanjang tempoh dua minggu Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan. Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sejak mengambil alih tugas Op Benteng Covid-19 pada 16 September lalu pihaknya menahan 48 individu terlibat penyeludupan.
Source: sinarharian.com.my