Vimarsana
Biggest News Aggregation in the World

Superintendent Azhari News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Stay updated with breaking news from Superintendent Azhari. Get real-time updates on events, politics, business, and more. Visit us for reliable news and exclusive interviews.

Top News In Superintendent Azhari Today - Breaking & Trending Today

Dua ditahan sorok 70 pil yaba, empat botol air ketum - Vimarsana News

Dua ditahan sorok 70 pil yaba, empat botol air ketum

RANTAU PANJANG - Sebanyak 70 biji pil yaba yang disorok dan empat botol air ketum ditemui Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan dalam satu serbuan di sebuah rumah Kampung Gual Sitok, di sini. Dalam serbuan jam 1 pagi pada Khamis itu turut menahan dua lelaki berusia 28 dan 16 tahun yang berada di bahagian dapur rumah berkenaan. Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superitendan Azhari Nusi berkata, hasil pemeriksaan telah menjumpai empat botol air ketum dalam anggaran 5.75 liter di atas lantai bahagian dapur dalam rumah tersebut.

RM3.04 juta barang seludup dirampas Batalion 7 - Vimarsana News

RM3.04 juta barang seludup dirampas Batalion 7

RANTAU PANJANG - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas pelbagai barangan seludup termasuk kenderaan digunakan untuk kegiatan itu bernilai RM3.04 juta sepanjang tempoh dua minggu Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan. Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sejak mengambil alih tugas Op Benteng Covid-19 pada 16 September lalu pihaknya menahan 48 individu terlibat penyeludupan.

Remaja seludup beras terbabas masuk parit - Vimarsana News

Remaja seludup beras terbabas masuk parit

TUMPAT - Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai penyeludup cuba melarikan diri daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan gagal apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Kampung Periuk, Cabang Empat Tok Mek Ngah, di sini, pada Rabu.

PGA rampas barangan seludup RM4.98 juta - Vimarsana News

PGA rampas barangan seludup RM4.98 juta

PGA rampas barangan seludup RM4.98 juta A A RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai barangan seludup berjumlah RM4.98 juta menerusi Ops Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula 16 Jun hingga Khamis. Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepanjang tempoh tersebut pihaknya telah berjaya melakukan tangkapan ke atas 94 individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI). "Daripada 113 kes yang telah kita rekodkan, rampasan berkait barangan...

Barangan kosmetik seludup bernilai RM4,076 dirampas - Vimarsana News

Barangan kosmetik seludup bernilai RM4,076 dirampas

Barangan kosmetik seludup bernilai RM4,076 dirampas A A RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai barangan kosmetik bernilai RM4,076 dalam satu serbuan semasa membuat rondaan di Pengkalan Haram Bilal Dollah, di sini pada Rabu. Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam rondaan jam 10.30 malam itu, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki dipercayai sedang memunggah kotak dari perahu ke tebing sungai pengkalan itu. "Apabila menyedari kehadiran kami, mereka bertindak melarikan diri dengan mengunakan perahu ke tebing Sungai Golok ...