Empat kilang di Senawang diarah tutup
Empat kilang di Senawang diarah tutup July 2, 2021 SEREMBAN: Empat kilang di kawasan perindustrian Senawang diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), semalam. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata menerusi pemeriksaan oleh agensi penguat kuasa dalam Operasi Bersepadu Pematuhan SOP itu, tiga daripada kilang tersebut turut dikompaun atas kegagalan majikan memastikan had kapasiti 60 peratus kehadiran pekerja dengan sebuah kilang didapati beroperasi tanpa kebenaran Kementerian Perdagan...