Stay updated with breaking news from Exco heroine. Get real-time updates on events, politics, business, and more. Visit us for reliable news and exclusive interviews.
SYAHIRAH SALLEH SERDANG: Pemuda Perikatan Nasional (PN) meneruskan agenda mengutamakan kebajikan rakyat termasuk melalui agihan sumbangan bakul makanan kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Menurut Ketuanya, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin, inisiatif itu diusahakan melalui salah satu produk Pemuda PN, iaitu Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN) yang ditubuhkan bagi mencari solusi kepada beberapa situasi yang dihadapi anak muda hari ini. Advertisement “Hari ini, kita bagi pihak Pemuda PN, kita meneruskan lagi agenda kebajikan Pemuda PN dengan membantu rakyat terkesan dengan Covid-19. “Beberapa minggu lepas, kita turun membantu adik-adik mahasiswa di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), dan hari ini kita bantu adik-adik mahasiswa UPM (Universiti Putra Malaysia). ....