Fokus agenda kebajikan rakyat
SYAHIRAH SALLEH SERDANG: Pemuda Perikatan Nasional (PN) meneruskan agenda mengutamakan kebajikan rakyat termasuk melalui agihan sumbangan bakul makanan kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Menurut Ketuanya, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin, inisiatif itu diusahakan melalui salah satu produk Pemuda PN, iaitu Akar Umbi Pemacu Negara (AkuPN) yang ditubuhkan bagi mencari solusi kepada beberapa situasi yang dihadapi anak muda hari ini. Advertisement “Hari ini, kita bagi pihak Pemuda PN, kita meneruskan lagi agenda kebajikan Pemuda PN dengan membantu rakyat terkesan dengan Co...