MAIWP beri insentif kepada 350 pelajar cemerlang
KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meraikan pelajar-pelajar penerima Bantuan Am Persekolahan yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Simbolik penyerahan Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar tahun 2020 disampaikan Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar kepada Ahmad Faeez Azizi Hassan yang mendapat keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Jumaat. Penyerahan cek itu disaksikan Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid.