'Mereka Mangsa, Cuma 0.78g Bukti Syabu' – Nia Ramadhani & Suami Menyesal, Mohon Maaf Kepada Rakyat Indonesia
Memetik laporan Tribunnews, peguam kepada Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie iaitu Wa Ode Nur Zainab memaklumkan bahawa pasangan tersebut kini sudah menyesal dan sedar bahawa tindakan mereka itu hanya mendatangkan kemudaratan sahaja. Bukan itu sahaja, mereka juga ingin menyampaikan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Indonesia. Kami nampak sebenarnya ada penyesalan dalam diri Puan Nia dan suami. Disebabkan kejadian ini, mereka akhirnya perlu melalui proses undang-undang. Insya Allah, pada masa akan datang, akan ada hikmah besar yang lebih baik. Jelas Wa Ode Nur Zainab lagi, Nia dan suaminya ber...