Pekebun haram robohkan jambatan, halang operasi JPNP
Pekebun haram robohkan jambatan, halang operasi JPNP A A KUANTAN - Pekebun haram durian musang king didakwa telah merobohkan empat jambatan yang berada dalam kawasan penerokaan tanah haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub pada Isnin sebagai usaha menghalang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan. Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad berkata, tindakan itu telah menyebabkan anggota penguat kuasa bersama agensi berkaitan tidak dapat meneruskan operasi. Menurutnya, perbuatan itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membaiki jam...