Pemulihan HSK Batu Talam disegerakan elak hakisan
Pemulihan HSK Batu Talam disegerakan elak hakisan A A KUANTAN - Kerja pemulihan kawasan Hutan Simpan Kekal (TSK) Batu Talam, Raub dengan penanaman pokok hutan telah dilakukan bagi mengelak kejadian hakisan tanah dan pencemaran sumber air. Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Wan Ghazali Wan Ali berkata, pihaknya kini berusaha secepat mungkin untuk menyelesaikan kerja menanam pokok hutan di kawasan terbabit kerana ia merupakan kawasan tadahan air yang telah diwartakan pada tahun 2002. Menurutnya, sekiranya pencemaran berlaku, ia aka...