Operasi tebang pokok durian dijangka selesai lebih awal
Operasi tebang pokok durian dijangka selesai lebih awal A A KUANTAN - Operasi menebang pokok durian yang ditanam secara haram dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di sini dijangka selesai lebih awal daripada tarikh jangkaan. Ia berikutan hampir semua daripada kira-kira 15,000 pokok durian musang king dalam kawasan hutan tersebut sudah selesai ditebang setakat ini. Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad berkata, perkembangan tersebut merupakan di luar jangkaan pihaknya. Berdasarkan jadual asal, katanya,operasi berkenaan aka...