Juventus perlu lupakan Ronaldo
PENGENDALI Juventus, Massimiliano Allegri mengharapkan pasukan itu dapat melupakan Cristiano Ronaldo selepas tewas mengejut 0-1 kepada Empoli dalam perlawanan Serie A di Stadium Allianz pada awal pagi Ahad. Menurutnya, Juventus tidak boleh terus memikirkan mengenai Ronaldo yang telah meninggalkan pasukan itu untuk menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United.
Source: sinarharian.com.my