Sabah sasar 18,000 pekerja industri pembuatan diberi vaksin
Sabah sasar 18,000 pekerja industri pembuatan diberi vaksin A A KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah menyasarkan 18,000 pekerja membabitkan 407 kilang pembuatan yang berdaftar diberikan vaksin menerusi Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) yang dilaksanakan di negeri ini. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program itu membabitkan pekerja dalam sektor pembuatan di Kota Kinabalu dan daerah berdekatan iaitu Putatan, Penampang, Papar serta Tuaran. "Melalui PIKAS, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma manakala pihak swasta akan menguruskan pu...