Kapitalisme, skandal dan sumbangan politik
Kapitalisme, skandal dan sumbangan politik A DALAM bukunya Frankly Speaking, Tun Musa Hitam menceritakan bagaimana UMNO mengendalikan “sumbangan politik” (political donation) pada zaman Tun Abdul Razak. Apabila menjelang pilihan raya banyak pihak yang ingin memberikan sumbangan kewangan. Musa melihat sendiri cara Tun Dr Ismail, Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri mengendalikan sumbangan daripada individu atau syarikat. Dr Ismail memang terkenal kerana disiplin dan integritinya. Beliau tidak mahu sumbangan itu disampaikan secara sembunyi-sembunyi. Beliau memastikan ada sak...