UMNO Pulau Pinang sokong Ahmad Zahid
GEORGETOWN - UMNO Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan dan keputusan yang dibuat Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos lalu. Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, semua pemimpin dan ahli parti setiap peringkat diminta agar menyokong dan akur dengan keputusan yang dibuat Ahmad Zahid itu.