PPV Bergerak MAIWP bantu asnaf dapatkan vaksinasi A A KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak bagi membantu memudahkan proses pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan asnaf. Pengerusinya, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, inisiatif berkenaan memberi fokus utama untuk golongan asnaf yang merupakan penerima Bantuan Baitulmal MAIWP di samping membantu kerajaan mempercepatkan imuniti kelompok. Beliau berkata, menerusi usaha itu pihaknya menyasarkan seramai 7,500 asnaf di Wilayah Persekutuan yang masih belum menerima sebaran...