Ahli KWSP Boleh Keluarkan Wang Sehingga RM5,000 Lagi. Begini Cara Mudah Untuk Memohon!
KELUARGA June 29, 2021 Bebanan dan kesusahan hidup yang ditanggung akibat setahun berperang dengan pandemik Covid-19, kini semakin ramai terjejas teruk dari segi sumber pendapatan. Ada yang terpaksa mengikat perut dek kerana hendak makan pun terasa susah. Lantaran itu, ada keluarga yang terpaksa meminjam wang pada keluarga terdekat untuk membeli barang dapur, ada juga yang meminjam beras dari jiran bahkan ramai juga telah diusir dari rumah sewa kerana gagal membayar duit bulanan. Semua ini cukup memeritkan untuk ditanggung. Pun begitu, bila ada bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebagaimana...