Petugas Didapati Positif Covid-19, PPV IDCC Shah Alam Ditutup Hari Ini
Jangan lupa follow channel TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik! Lewat malam semalam, kira-kira jam 12:22 am, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 melalui laman Twitter telah mengumumkan PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari iaitu hari ni (13 Julai 2021) susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut. Menurut JKJAV, penutupan PPV ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan. Kenyataan tersebut juga menyatakan bahawa mereka yang telah hadir untuk vaksinasi di IDCC a...