Tongkat khutbah tulang ikan yu pau berusia 126 tahun A A KUALA TERENGGANU - Sesiapa sahaja yang melewati Masjid Losong Haji Mohd yang terletak di pinggir bandar raya Kuala Terengganu pasti tidak menyangka di dalamnya terdapat sebatang tongkat khutbah berusia 126 tahun, dipercayai diperbuat daripada tulang ikan yu paus. Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Harleny Abd Arif berkata selain pada bahagian hulu tongkat tersebut, tulang ikan yu paus dijadikan sebagai sebahagian daripada 99 gelung kecil berbent...